09 October 2007

Selamat Pulang Beraya di Kampung

Kepada warga Desaria yang akan menyambut Hari Raya di kampung halaman masing masing di ucapkan selamat memandu dan berhati-hati di jalanraya. Sebaik baiknya tuan puan memaklum kepada Encik Shargawi, ketua biro keselamatan kita bila tuan akan berangkat pulang dan juga bila pula tuan puan akan kembali semula ke Desaria.

Encik Shargawi sedang mengumpul maklumat dan senarai rumah2 yang akan ditinggalkan kosong dan akan memaklumkan balai polis Nilai untuk memudahkan mereka melakukan rondaan berkala di kawasan ini.

Selamat Hari Raya maaf zahir dan bathin, selamat pulang keDesa masing2 dan selamat pula kembali ke Desaria Desa kita ini.