22 October 2007

JAMUAN HARI RAYA

Majlis Jamuan Hari Raya anjuran Persatuan Penduduk dan Kebajikan Desaria dijadual akan di adakan seperti berikut:

Tarikh: 11 November 2007

Hari: Ahad

Waktu : 2.30 ptg - 6.00 ptg


Majlis ini terbuka untuk semua warga desaria dan maklumat lanjut akan menyusul. sama -samakita tunggukan.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Selamat Hari Raya Aidil Fitri maaf zahir dan batin mewakili semua AJK Persatuan Penduduk dan Kebajikan Desaria.

Zaman IT sekarang menyaksikan kad ucapan hari Raya semakin dipinggirkan. Ke seronokan menerima kad telah hilang sebaliknya diganti dengan ucapan2 melalui SMS dan E mail.

Walaubagimana pun fungsi nya tetap sama iaitu saling mengucap selamat dan memohon kemaafan.

Beberapa petikan dari SMS-sms yang diterima:

Jambangan indah lagi berseri
Menjadi hiasan di Aidilfitri
SMS dikirim penggganti Diri
tanda ingatan kekal Abadi.

yang lain.

Saat tangan tak bisa berjabat
Saat mata tak bisa bertatap
seribu khilaf mohon di maaf



lagi yang lain..

Masak lemang sambil berdiri
hendak dimakan di aidil fitri
nak hantar kad raya posmen dah cuti
SMS aje yang sempat diberi.


ada juga yang tak bisa dimengertikan..

Nyimpan jenag nag jero tin
arek dgowo mareng suro
keluputan kulo lahir batin
salah silap njalok ngapuro
Bocah cilik mangan sego
sego dpangan karo gulo
wes suwi orak ngomong jowo
dino royo njalok ngapuro
buko poso lawuh'e gereh
njegor sunge dipangan boyo
keluputan ku seng akeh aakeh
selamat hari raye.


..mudahan ia bermaksud yang baik.

Selamat merayakan bulan Syawal.

09 October 2007

Selamat Pulang Beraya di Kampung

Kepada warga Desaria yang akan menyambut Hari Raya di kampung halaman masing masing di ucapkan selamat memandu dan berhati-hati di jalanraya. Sebaik baiknya tuan puan memaklum kepada Encik Shargawi, ketua biro keselamatan kita bila tuan akan berangkat pulang dan juga bila pula tuan puan akan kembali semula ke Desaria.

Encik Shargawi sedang mengumpul maklumat dan senarai rumah2 yang akan ditinggalkan kosong dan akan memaklumkan balai polis Nilai untuk memudahkan mereka melakukan rondaan berkala di kawasan ini.

Selamat Hari Raya maaf zahir dan bathin, selamat pulang keDesa masing2 dan selamat pula kembali ke Desaria Desa kita ini.

01 October 2007

AKTIVITI SEPANJANG RAMADHAN

Sepanjang bulan puasa ini ada beberapa aktiviti yang dijalan kan oleh biro2 persatuan.


1. Bertadddarus Al Quran di anjurkan oleh biro Hawa. Ia di adakan di Surau Desaria pada Hari Sabtu dan Ahad dan di hadiri oleh Ahli Persatuan dan bukan persatuan pada jam 9.30 pagi. MAtlamat mereka adalah untuk berkhatam Alquran sebelum minggu terakhir puasa.

2. Jualan T.Shirt oleh biro Ekonomi. Masih ada lagi T shirt yang hendak dijual dan ia boleh di dapati dari Encik Azuddin, Encik Hanifah atau Encik Zolkarnain Ali.