27 June 2007

MEDAN MEMBACA

Biro pendidikan yang di ketuai oleh Cikgu Kamilah ( Jalan Desaria 8) telah menyediakan satu 'Perpustakaan Mini' iaitu di bangunan tambahan surau desaria.

Tuan puan bolehlah mengalakkan anak masing-masing untuk mengunjungi perpustakaan mini ini pada setiap petang supaya kita dapat menerapkan amalan suka membaca dikalangan anak-anak kita. Kebiasaannya anak2 ni akan lebih enthusiastic bila sesuatu tu dilakukan secara beramai-ramai dengan rakan masing masing.

Sumbangan untuk bahan bacaan serta rak simpanan buku juga amat di alu- alukan dan untuk menyumbang sila hubungi Cikgu Kamilah di talian 019 2114299