13 April 2007

TONG GAS (SILINDER) LPG

Poksujenal kali ini ingin berkongsi informasi mengenai tarikh luput tong gas (silinder) LPG yang kita gunakan. Maklumat ini poksujenal terima daripada seorang warga Desaria. Pada hemat poksujenal informasi ini amat begitu penting dan kita wajib mengetahuinya.Penting demi keselamatan kita sekeluarga.

Selama ini Poksujenal tidak ambil kasih akan perkara ini. Tetapi apabila menerima maklumat ini; poksujenal teruja untuk memastikan tong-tong gas silinderLPG di rumah masih sah dan SELAMAT. Tong gas ini ibarat bom disimpan di rumah. Silap haribulan ia booom.

Begini caranya.

Disisi tong gas LPG akan tercatit tarikh luput tong gas LPG tersebut. Ia dalam bentuk kod alpha-numeric seperti berikut: A , B , C atau D dan diikuti oleh dua(2) nombor.

A bermaksud bulan MARCH (Akhir Suku Pertama / 1st Quater)

B bermaksud bulan JUN (Akhir Suku Kedua / 2nd Quater)

C bermaksud bulan SEMTEMBER (Akhir Suku Ketiga / 3rd Quater), dan

D bermaksud bulan DISEMBER (Akhir Suku Keempat / 4th Quater)

Manakala dua angka selepas abjad memberi maksud TAHUN TERAKHIR tong tersebut selamat digunakan.

CONTOH

D06 - bermaksud : BULAN DISEMBER TAHUN 2006

D06 bererti tong gas LPG ini selamat digunakan sehingga bulan Disember 2006 - tarikh akhir atau tarikh luput.

Desaria Desa Kita