- Musim durian datang lagi. Mungkin ramai yang x tahu kandungan nutrient dalam durian , so kita lihat jadual berikut dari USDA Nutrieant database
Nilai khasiat per 100 gram durian
Karbohidrat - 27.09 gram
Serat diet - 3.8 gram
Lemak - 5.33 gram
Protein – 1.47 gram
Air - 65 gram
Vitamin C - 19.7 mg
Kalium - 436 mg
Kalau kita nak ke Seremban melalui Jalan Mantin, dekat2 nak sampai ke Simpang Lenggeng boleh didapati beberapa gerai menjual durian. Not bad jugak durian kat sini. Sepanjang jalan ke Semenyih jugak banyak orang menjual durian di tepi2 jalan.
Di Malaysia ni jenis durian yang popular selain dari durian baka kampung adalah D24. tapi sebenarnya banyak lagi klon2 durian lain seperti 'D99' ,'D123' , 'D145' ,'D158' ,'D159' dan jugak 'D169'
Nak hilangkan panas badan sebab makan durian kata orang isikan air dalam lompang kulit durian yang kosong dan minum dari situ. X tahu la ia betul dari segi saintifiknya atau sekadar faktor psikologi yang menyebabkan ia berkesan.
Makan durian dengan manggis jugak dikatakan boleh mengimbangi panas badan tersebut.
Last sekali , orang2 seperti ’Super Manap’ tak digalakkan makan durian banyak2 sebab nanti blood pressure naik semula.
Note: ada sorang kawan tu kata ada baka durian baru D 40 lagi lazat tapi dah jenuh search dalam net tak jugak jumpa. Yang banyak, Info tentang D 40 yang lain ......... - Maklumat lanjut tentang durian antaranya terdapat disini:
29 June 2009
DURIAN
16 June 2009
KERIS 2009
Sekali lagi Persatuan telah berjaya menganjurkan satu program yang memberi banyak manfaat kepada anak2 Desaria. Mungkin di masa akan datang program ini dapat dimaklum beberapa bulan lebih awal untuk membolehkan ibubapa merancang dan memastikan anak2 dapat menyertai aktiviti seperti ini.
Sementelah anak2 ini telah berjaya dikumpulkan , ada baiknya aktiviti secara berkumpulan ini diteruskan lagi melalui program-program seperti mengenal dan menghargai alam semulajadi ( skodeng burung2 dan unggas2, mengenal tumbuhan ), gotong royong membersih taman permainan, aktiviti riadah dan lain2 aktiviti yang sewaktu dengannya.
12 June 2009
LELAKI BERUBAH SELEPAS BERGELAR BAPA
Satu artikel tentang kajian yang dijalankan tentang perubahan keatas lelaki selepas seseorang tu bergelar bapa.
Ianya seperti berikut
- Keyakinan dan harga diri semakin meningkat
- Tahap kesabaran yang semakin bertambah.
- Daya Pemikiran yang lebih fleksibel dan mampu merencana sesuatu untuk masa depan.
- Kembali ke zaman kanak2 semata2 untuk menyesuaikan diri dengan tahap pemikiran anak2
- Menjadi lebih kreatif
- Lebih mampu merancang sesuatu mengikut keperluan.
- Menukar perspektif tentang kehidupan didunia ini secara holistik
Artikel lengkap boleh di baca di sini:
http://www.mrdad.com/qa/life/how-fatherhood-changes-men.html
"Selamat hari bapa kepada semua"
09 June 2009
JEMPUTAN KE CABARAN?
BAPAK BAPAK SEMUA!!!
Katanya takkan skodeng dari jauh aje kut?. Jadi, semuanya sila lah datang ke Padang Myanmar jam 9 pagi , Ahad ini 14 Jun dan tunjukkan la skil masing-masing .
Maklumat lanjut di sini: http://birohawatamandesaria.blogspot.com/2009/06/lagi-satu-bonus.html
Katanya takkan skodeng dari jauh aje kut?. Jadi, semuanya sila lah datang ke Padang Myanmar jam 9 pagi , Ahad ini 14 Jun dan tunjukkan la skil masing-masing .
Maklumat lanjut di sini: http://birohawatamandesaria.blogspot.com/2009/06/lagi-satu-bonus.html
Subscribe to:
Posts (Atom)