19 March 2008

Politik Malaysia

Keputusan PRU 12 telah diketahuai umum dan lanjutan dari itu kerajaan persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri telah pun dibentuk.

Hakikatnya rakyat telah menyampaikan mesej yang jelas bahawa sebuah kerajaan perlu cekap, telus , berhemah dan sedia berkhidmat pada tahap tertinggi kepada rakyat yang telah membuat pilihan atau bersedia untuk menerima natijahnya.

Cara berpolitik di Malaysia juga nampaknya menuju kearah yang lebih terbuka .

Bercerita tentang politik , penulis menerima satu email beberapa tahun lalu yang memberi definisi mudah tentang politik.

Sekiranya apa yang tertulis dibawah ini menyinggung perasaan pembaca, kemaafan awal dipohon terlebih dahulu.

email tersebut seperti berikut.

Definisi Politik

Ia mengisahkan sebuah keluarga dari golongan pertengahan. Suami dan isteri bekerja. Mereka mempunyai dua orang anak. Seorang lelaki berusia 9 tahun dan seorang perempuan berusia setahun. Segala urusan rumah di kendalikan oleh seorang pembantu rumah Indonesia.

Pada suatu malam, ketika sedang makan malam sekeluarga, si anak yang berusia 9 tahun itu bertanya pada si ayah, “Ayah, apa itu politik?”. Tersedak si ayah mendengar persoalan anaknya itu. Jawab ayah, “Politik itu macam keluarga kita. Ayah dapatkan wang untuk keluarga kita, ayah adalah kapitalis, Mama gunakan wang itu untuk menguruskan keluarga kita, jadi mama adalah kerajaan. Kakak pembantu rumah kita adalah golongan pekerja. Kamu adalah rakyat dan adik kamu adalah generasi masa depan. Faham?

Kelipok-kelipok mata si anak kejam celik. Memang tidak faham. Lantas si ibu mencelah, “Tak apa, malam ini waktu hendak tidur, kamu fikirkan apa yang ayah cakap dan cuba faham okay.

Jadi semalaman si anak berusia 9 tahun itu tidak dapat lelapkan matanya berfikir tentang politik. Sehingga akhir sekali dia menjadi jemu dan hampir terlelap. Pada waktu itulah, si adik buat perangai. Meraung tengah-tengah malam pulak. Si anak itu pergi ke bilik ibu dan ayahnya hendak memberitahu bahawa adik sedang meraung kerana pampersnya sudah penuh najis.

Sampai di bilik dia lihat si ibu sedang lena tidur. Walau berkali-kali dipanggil, si ibu tetap tidur. Di lihat si ayah pula tiada di sebelah ibu. Jemu mengejutkan ibu yang tak bangun-bangun, dia mengambil keputusan ke bilik pembantu rumah. Bila dibuka bilik pembantu rumah, dia lihat si ayah sedang ‘membelasah’ si pembantu Indonesia itu. Akhir sekali si anak terpaksa menyalin pampers adiknya sendiri.

Sewaktu bersarapan esok pagi, si ayah bertanya, “Dah faham apa itu politik?.
Sia anak yang sedang selera makan selamba menjawab, “Dah!”. Si ayah dan ibu terkejut dengan jawapan selamba itu. Lantas si ibu mencelah, “jadi apa dia politik tu?”.

Si anak tanpa mengangkat muka melihat ayah dan ibunya, dengan tenang menjawab. “sewaktu kerajaan sedang asyik tidur, golongan kapitalis menodai golongan pekerja. Akibatnya rakyat di abaikan dan masa depan bergelumang najis! Itulah politik”.

Kali ini mata si ayah dan si ibu pulak yang kelipok-kelipok kejam celik.

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN

Mesyuarat agung akan di adakan pada 30 March 2008, di bangunan tambahan surau desaria.

Semua ahli persatuan dijemput hadir. Sekira nya ahli ingin mengemukakan sebarang usul sila tuliskan didalam surat yang dikepilkan bersama notis mesyuarat sebelum tarikh tutupnya.

Juga di ingatkan agar ahli menjelaskan yuran yang tertunggak seperti yang di maklumkan melalui penyata yuran yang telah diedarkan bulan Disember 2007.

Harap maklum

06 March 2008

MEMPERBAHARUI INSURAN

Produk terbaru biro ekonomi

Perkhidmatan memperbaharui insurans dan cukai jalan . tunai atau kad kredit.

hubungi En. Azuddin di no 019 2380807.