24 September 2007

SELAMAT DATANG RAMADHAN

Berbagai ucapan kreatif yang dihantar melalui SMS untuk meraikan kedatangan bulan Ramadan Al Mubarak . Antaranya seperti yang di paparkan di bawah:

Pemanis mulut si buah rambutan,
Turut dihidang sepinggan roti nan,
Tiba Ramadhan bulan keberkatan,
Terangi hidup cahaya keimanan

juga yg demikian...

Jika hati sejernih air, jangan biarkan ia keruh.
Jika hati seputih awan , jangan biarkan ia mendung,
Jika hati seindah bulan, hiasi ia dengan iman

yang lain.....

Mata kadang2 salah melihat,
Mulut kadang2 salah berucap,
Hati kadang2 salah menduga,
maafkan segala kesilapan yang pasti ada,

pokoknya semuanya menjurus kepada mengucapkan selamat menyambut ramadhan dan memohon kemaafan semoga ibadah yang dilakukan lebih mendapat keberkataan.

Salam ramadhan untuk semua warga desaria.

10 September 2007

T SHIRT DESARIA DESA KITA

T shirt Desaria Desa Kita sedang dijual


Warna : Navy Blue dan Beige
Size : M - XXL
Harga : Ahli Persatuan : RM 25.00
Bukan Ahli : RM 30.00



Hubungi Encik Azuddin Sham Abdullah untuk tempahan di talian 019-2380807

22 August 2007

GO DESARIA JUNIOR!!!!

Satu perlawanan bolasepak persahabatan antara pasukan Desaria bawah 12 tahun dan pasukan dari Seri Putra. Sebelum ini pasukan Desaria bawah 12 tahun telah muncul sebagai juara mengalahkan pasukan yang sama dalam perlawanan akhir lebih kurang tiga bulan lalu di Padang Bandar Sri Putra.

Perlawanan tersebut akan di adakan seperti berikut.

Tempat : Padang Bola Taman Desaria

Tarikh : 25 Ogos 2006

Waktu : 5.00 petang



Mari kita sama 2 turun ke padang untuk memberi sokongan moral kepada anak anak kita.


Go Junior Go!

01 August 2007

SUKANEKA

Atas sebab -sebab yang tidak dapat dielakkan , sukaneka terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh yang belum di tentukan lagi. Walaubagaimana pun, aktiviti ronda, medan bacaan untuk anak-anak dan juga dengan aktiviti Hawamasmih berjalan seperti yang telah dijadualkan.

20 July 2007

SUKANEKA IS COMING!!!

Selepas aktiviti gotong royong perdana berlangsung dengan jayanya dimana kerjasama yang diberikan oleh sekalian warga Desaria amat memberangsangkan, kita nantikan pula Acara Sukaneka yang dijadualkan berlangsung pada awal August 2007 ini.

Sukaneka ini akan dikelolakan oleh Biro Sukan yang diketuai oleh Tuan Imam kita , Imam Fadli Che Mi dari Jalan 20.

Sama - sama kita tunggu.

17 July 2007

AWAS WABAK DENGGI

Denggi sedang melanda Desaria. Pastikan kita semua mengikuti nasihat dan arahan yang diberikan oleh pegawai kesihatan yang telah melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah untuk menghapuskan jentik-jentik aedes ini.

Leaflet tentang simptom2 denggi juga telah disebarkan kepada majoriti penduduk desaria.

KAlau tuan puan masih belum menerima maklumat tentang wabak Denggi ini , leaflet boleh didapati di Surau Desaria.

11 July 2007

AKTIVITI HAWA

Aktiviti bulanan HAWA ( Wanita sahaja )

Majlis Bacaan Yaasin dan beramah mesra

Tarikh : 15 Julai 2007 ( Ahad)

Tempat : Rumah Puan Azizah , Tel: 013 - 3514484
No 15, Jalan Desaria 12

Waktu : Jam 5.00 ptg



Semua kaum wanita Desaria dijemput hadir.